Terjemahan: Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang
berilmu (yang mengetahui) dengan orang-orang yang tidak mengetahui”. (al-Zumar,
39 : 9).
Dan di samping itu golongan yang memiliki ilmu pengetahuan
adalah merupakan golongan yang mempunyai suatu kedudukan istimewa di sisi Allah
ta’ala berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.;
Terjemahan: Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa
darajat (kedudukan). (al-Mujadilah, 58 : 11).
6.1 Kepentingan
Perkaderan.
Usaha-usaha untuk melatih dan mendidik umat Islam supaya
mereka benar-benar berkemahiran di dalam sesuatu bidang adalah perlu.
Bakal-bakal pengganti pengurus masjid hendaklah difikirkan. Bakal pengganti
hendaklah dilantik dan diberi latihan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dalam
selok-belok pengurusan masjid di samping kemahiran dalam bidang fardhu ain.
Kepentingan memberi tumpuan dalam perkaderan ini dapat kita
mengambil iktibar daripada firman Allah s.w.t. terhadap mereka yang semua turun
ke medan peperangan, pada hal mereka tidak perlu turun semua ke medan
peperangan, sebaliknya beberapa orang hendaklah menuntut ilmu pengetahuan yang
boleh disumbangkan kepada masyarakat apabila mereka kembali kelak. Seperti
firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang
(yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam
ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila
orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga
(dari melakukan larangan Allah). (al-Taubah, 9 : 122).
Ayat tersebut di atas menjelaskan serta memerintahkan kepada
umat Islam supaya sentiasa berusaha ke arah mencapai kebaikkan hidup di dunia
dan akhirat. Untuk tujuan itu mereka telah dituntut supaya melatih sebahagian
daripada umat Islam supaya mahir dalam sesuatu urusan. Semoga kemahiran itu
dapat dimanfaatkan kepada seluruh umat Islam.
No comments:
Post a Comment